Friday, December 25, 2009

Daku Dan Dean's lists


kau
idaman hati,
Alhamdulillah,syukur Allah buahkan usahaku,
ternyata usaha ku belum cukup untuk gapai impian itu,
sayang seribu kali sayang,bukan mengeluh!
alangkah bahagia jika aku dapat kau,
sesal bukan bermaksud aku tidak bersyukur,
aku gembira diraikan keluarga dengan keputusan itu,
kerana,
aku tahu apa itu usaha keras.

aku tak takut kamu pandang rendah pada aku,
yang aku takut jika ilmu itu jauhi aku tapi tak mungkin!..

aku tabik pada kawan2 yang berjaya merampas kau daripada aku,
aku tahu kau tak pernah 'black lists' aku untuk kau memilih aku,cuma...
mungkin sekali aku tidak cukup mengenali kau dahulu.

aku berjanji mulai hari ini akan ku puja kau selalu,
matlamat aku satu,
harus aku tunaikan,
mama ayah maafkn aku kali ini aku kecewakan kalian,
aku tidak pernah putus usaha untuk kalian,
demi semua yang ku sayangi,
aku akan buktikan yang terbaik semester dua.
berjuang....


No comments:

Post a Comment