Friday, May 14, 2010

m a a f ~ t e r i m a k a s i h = )


A
ku bukan mahu apa-apa yang sempurna,

aku hanya mahu ada kesempurnaan di mana-mana,

aku bukan mahu tumpuan itu hanya padaku,

aku hanya mahu kamu tahu bila-bila aku mahukan tumpuan kamu,

aku bukan tahu malu bila aku mahukan kamu,

aku hanya malu bila aku tak tahu itu bukan masanya untuk aku,

aku bukan mahu sedih bila apa-apa terjadi padaku,

aku hanya sedih bila apa-apa itu terjadi pada kamu kerana aku,

aku bukan mahu main-main minta maaf,

aku hanya mahu kamu maafkan aku sepenuh hati,

aku bukan mahu menguji kemarahanmu,

aku hanya mahu katakan aku tak sengaja,

aku tak sengaja,

aku tak sengaja,

kesempurnaan itu bukan milik aku,

tapi tak salah kalu aku buat untuk itu jadi sempurna,

aku bukan manusia sempurna,

tak logik jika aku mahukan segalanya sempuna,

aku tak mahu kamu salah faham,

semalam itu hanya salah aku yang tak reti kawal perasaan,

jujur,aku jenis yang suka semuanya berjadual,

tapi ternyata aku tak boleh teruskan hidup semuanya berjadual,

aku tak suka bila aku tertanya-tanya,

aku mahu kamu lihat perasaan aku tapi aku yang silap,

bukan caranya tunjuk dengan ekpresi muka,

aku akan jaga itu supaya kamu sentiasa lihat aku senyum bila bersama kamu,

maafkan aku buat kamu marah,

maafkan aku bila kesalahan aku kamu terpaksa maafkan,

maafkan aku bila aku salah,

mohon aku kamu lupakan perkara itu. mohon sangat.

terimakasih kerana masih ada kasih buatku,

terimakasih maaf itu milik aku,

terimakasih dirimu tetap untuk aku,

terimakasih kerana terima diri ini,

terimakasih terima keadaan yang aku sembuhkan semalam,

terimakasih kerana tetap beri senyuman pada aku,

terimakasih kerana masih mahu beri itu padaku,

terimakasih segalanya,

aku hanya bercakap mewakili hati,

supaya hati tidak memberontak menyalahkan diri sepanjang masa.


THANKS FOR MAKING MY DAY :D


I've done the talking
-----------------------------------------------------------------------
--------



p/s:mahu beri yang terbaik untuk semua orang.



No comments:

Post a Comment