Wednesday, December 29, 2010

Tahun Baru 2011


Tahun baru,apa yang istimewa ?
Malam tetap berganti siang dan sebaliknya
Aku tetap aku
Cuma,
Yang ada adalah
Hari esok dan esok
Yang rentaknya untuk menambahkan usia aku.

Aku tinggalkan sejarah lama
Aku sambut dengan senyuman baru
Menyusuri jalan yang masih panjang
Yang pasti akan ada pengakhiranya.

Pencapaian dulu belum cukup untuk dibanggakan
Aku tak berharap keajaiban akan datang hari esok
Bila pun ia pasti datang
Kerana Allah dah tentukan ritma hidup aku sejak lahir
Yang mampu aku lakukan adalah terus berusaha kuat

Tahun baru,apa yang istimewa ?
Tiada apa-apa
Tidak perlu diraikan lebih
Hanya perlu tanamkan keazaman pada diri
Untuk berubah ke lebih baik

Semalam adalah guruku
Esok adalah diriku
Sucikan hati
Ikhlaskan yang berlaku semalam
Jernihkan fikiran untuk esok dan esok

Dengan azam yang kental
Akan aku mula tune kan not-not kehidupan ku
Semoga aku punya kejuaraan hari esok.

Selamat Tahun Baru.

Lambaian tanganku pada 2010
Ukiran senyumku pada 2011 :)

Manusia istimewa bagiku tetap istimewa selamaya.
keluargaku,kekasihku,kawan-kawanku.

(untuk semua yang kusayangi dan kukasihi)
SELAMAT TAHUN BARU

No comments:

Post a Comment