Monday, January 10, 2011

khilaf


kenapa?

aku,

bukan cara aku cerita pada sesiapa
cukup sekadar aku dan aku tahu perasaan aku
aku terima lebih pendapat sendiri, pendapat orang lain kurang
maka aku takut mereka rasa tak dihargai dalam hal ini
lebih baik aku pendam sendiri

aku bukan tak faham bahasa
aku mungkin salah faham

aku bukan tak pandai menjaga hati
aku mungkin punya khilaf

aku bukan cakap berapi
aku mungkin kata hati

aku bukan buta hati
aku munkin terkabur sana-sini

aku bukan sengaja lukakan hati itu
aku banyak kelemahan bodoh
kelemahan bodoh yang bukan aku buat-buat

kerana sayang,
beribu kali pun maaf aku
aku tetap cuba bersihkan diri daripada perkara itu
andai aku tersungkur lagi, bangkitkan aku dengan ikhlas
tolong fahami dengan tiada paksaan
aku mohon maaf dari hati yang terdalam

aku yang pentingkan diri
aku yang perlu tanggung kesalahan
aku juga yang harus bertahan

kerana

AKU BUKAN MANUSIA SEMPURNA.

percaya satu,
ada yang akan tersuluh suatu hari nanti.
bersabar dan cuba pertahankan dia.

kata lah apa nak kata.
aku ikut telunjuk hati.

No comments:

Post a Comment