Tuesday, May 17, 2011

Puisi Usman Awang Kenangan aku

GURU OH GURU!

Usman Awang

Berburu ke Padang Datar
dapat rusa belang kaki
berguru kepalang ajar
ibarat bunga kembang tak jadi

Jika hari ini
Seorang perdana menteri berkuasa

Jika hari ini
Seorang raja menaiki takhta

Jika hari ini
Seorang Ulama' yang mulia

Jika hari ini
Seorang peguam menang bicara

Jika hari ini
Seorang penulis terkemuka

Jika hari ini
Siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
dengan lembut sabarnya
mengajar tulis baca .

-------------------------------------------------------------------
Ya, baru aku teringat,
suatu kenangan aku
masa aku kecil darjahan
aku pernah deklamasikan puisi ini di hadapan kawan-kawan dan
terutama guru-guru
yang ketika di atas pentas aku lihat muka mama tercinta
tersenyum sipu anaknya mampu menghargai guru-guru walaupun anaknya tidak sepandai anak-anak nya yang lain.
Dan aku tahu
Nilai kepandaian bukan boleh diukur masa bila dan bila akan di capai.
mungkin nanti. InsyaAllah.

Selamat Hari Guru Mama
Yang masih mendidik selama 26 tahun.

Dan

Selamat Hari Guru wahai insan yang bergelar GURU.
Terima Kasih ini untuk insan mulia yang pernah mengajar aku.
TERIMA KASIH.

3 comments:

  1. waa... baiknye anak mama ni ^^, ehehe

    erh nenek. aku pelik la.. ari cikgu je ke??
    hari lecture xde ke?

    ReplyDelete
  2. well... haha
    Sama la tu tapi tak biasa kut.
    Hahaha.
    nnti kita wish la kat lect baru kita ye. :D

    ReplyDelete
  3. baek la nenek...sy wishkn sme...

    ReplyDelete