Thursday, September 01, 2011

20 tahun aku rasa inti RAYA

Syukur.

20 tahun aku rasa inti raya

Tiada beza apa-apa
Masih rumah yang sama
Masih ahli keluarga yang sama
Masih suasana yang sama
Masih dibeli baju raya baru
Masih diberi duit raya oleh mama dan ayah di pagi raya
Masih perasaan yang sama; gembira

Bila dulunya aku salam nampak lucu
Tapi bila sudah 20 dosa melambung aku salam penuh hormat



Bila dulunya aku suka bergambar pagi raya
semua nampak kecil


Tapi bila sudah 20 masih suka bergambar pagi raya
cuma semua nampak besar. HAHA


Memang tiada beza
Cuma realiti membezakan perbezaan itu
Usia semakin dewasa
Nenek atok semakin tua
Ayah mama semakin mahu punya cucu
Abang adik semakin matang berfikir
Aku semakin berusaha 'bertudung'
Dan
Aku semakin ingin lihat perubahan yang akan sentiasa berubah hari ini dan
Hingga aku tua
Insya'Allah

Nah ambil kau,
dah 20 tahun bergambar selagi boleh
Haha
ini adik aku punya kerja
macam hamster comel dia kata
memang kurang asam. :)


Okaybye

Salam lebaran,

No comments:

Post a Comment