Thursday, October 06, 2011

Barai

Aku baru selesai ujian dunia
Haha
Maksud aku perperiksaan
Omputih paggil exam
(Bodoh diaorang tahu la)

BARAI
Mata serupa kena tumbuk
Tulang belakang serupa kena bengkok
Kepala serupa kena meraton keliling negeri
Hati serabut serupa kena sabit

Nah.
Nampak sangat aku study hard. Konon.
Terima kasih sang pengajar yang ikhlas tabur ilmu dunia
Cuba sudah, tawakal sudah, tinggal hasil kita tengok nanti
Bohong aku tak aim bentuk A. Mudah-mudahan.

Pada kau,
Aku masih sesal kau gembira dengan budak bingai tu
Tapi tak mengapa lah
Aku dah redha kau buang aku
Aku dah redha juga kau pergi
Tapi aku bodoh, masih fikir kau.
Mungkin sampai bila-bila.

Pada kekasih,
Kau ilhamku. Haha apahal aku petik lagu Man Bai.
Okay jujur
Aku perlukan kau selamanya
Mohon Tuhan panjangkan jodoh kita
Terima kasih. Nah aku bagi banyak bentuk hati. :)

Pada kawan-kawan,
Aku sayang semua
Andai ada silap terasa terus kata jangan simpan buat pekasam. Parah.
Aku tak mampu jaga hati semua
Tapi aku boleh kata aku ikhlas kawan semua.

Untuk September,
Terima kasih teman aku hidup
Macam-macam cerita kau bagi aku
Emosi aku, kau pandai mainkan selamba badak
Semua lahir. Menarik. Tertekan. Sedih. Gembira. Rindu.
Tiada kesal.

Dengan nama Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Aku bersyukur aku masih hidup bernafas dalam dunia.
dan aku masih boleh rasa sayang dengan mereka yang sayang aku.

Alhamdulillah.


psst.. Mama Ayah, kau idolaku. Abang Adik-adik, kau persaing sihat ku. :)

2 comments:

  1. Sayang awak jugak .
    pst : mintak ampun jugak ... heee ~

    ReplyDelete