Sunday, December 04, 2011

Bicara tentang hujan.

Sebulan tak bersuara.
Bisu dalam huru-hara hidup.
Bisu hari-hari biarkan hujan bersuara.
Hujan sering menyapa sedang aku membisu.
Hari-hari sebelum aku abaikan malam ini aku sedar perbuatan aku buat hujan tersinggung.
Aku buka tetingkap hulur leher keluar, lalu tempias hujan mencium bibir.
Aku senyum.
Gembira yang aku rasa lain macam seperti barunya aku kenal hujan.
Hujan dulu, hujan sekarang sama. Yang beza cuma subjek dalamannya.
Ya jujur, aku sayang hujan sampai aku mati.
Kerana tempias hujan yang berani mengucup bibirku. Tanda sayangnya pada aku.

Nampak tak apa beza aku mencium objek dengan objek mencium aku.
Dia sinonim dengan kata orang; pilih la orang yang cintai kita, bukan kita cintai orang.

Saat mata ini meliar melihat bingkai gambar hujan renyai, jiwa bersuara.
Akan selalu kilat datang pecahkan emosi. Benar, kita manusia selalu panggil hujan bukan kilat.
Tapi mungkin benar juga tanpa kilat, irama hujan tak semerdu yang aku rasa sekarang.
Terkadang kilat membawa aku mengenal penuh siapa hujan.
Dan aku percaya, walau aku tak berhati memanggil kilat ia pasti datang.
Aku biar, aku lawan. Hanya untuk kau hujan.

Terima kasih Allah.
Beri aku hujan.


p/s: Bersyukur apa adanya. Hujan, i love you. :)

3 comments:

  1. nice la nenek.
    pandai kau berkata-kata.
    hak3

    ReplyDelete
  2. alalala.. sweetnye kata 2 dia.. huhu...
    haii!! my new wingmate :) kuatkan jugak diri tau. heee~

    ReplyDelete
  3. Aqim: Amboi banyak betul pangilan aku. Haha nwy thanks.

    Diba: Hai wingmate, thank you. :)

    ReplyDelete