Friday, May 28, 2010

ketika minda berGOYANG



Aku melihat entri ini dengan penuh penyelesaian. Tetapi andai minda tidak bergoyang,bias aku coretkan dengan tenang. Sebagai permulaan,ini bukan kisah si dongeng. Aku rungkaikan ini secara fakta.


Jiwa dan minda adalah elemen yang berbeza sifatnya dan tidak boleh dicampurkan bersama. Bila bercerita tentang minda, ini aku boleh. Hal yang bisa merobek minda boleh memakan hati.
Minda bertugas menjana semua arus2 keseluruh badan termasuk hati. Bila tidak berfungsi bukankah ‘blackout’ semuanya? Niat bukan untuk merepek-meraban. Cuba fahami secara puitis. Aku mudahkan dengan contoh:


Dua minda beradu hebat. Minda kolot akan kalah secara kebiasaaanya, tetapi tidak semua perkara kolot tidak boleh diguna pakai. Jika minda si lawan sibuk menegakkan kelebihan diri, si kolot akan diam bermonolog sendirian. Cuba lihat pada satu sudut, faham pada satu perkara, beri ruang untuk si kotot bersuara tenang, si kolot pasti tidak akan merasa kekalahannya. Andai peluang itu tidak diberikan pasti si kolot memendam rasa selamanya. Saat itu minda bertukar jiwa.


Nilai hidup bukan atas landasan kemegahan,ke-egoan diri tetapi atas dasar kefahaman antara dua minda. Bergerak atas keputusan yang sama kan sempurna.*pendapat sahaja. Fakta ini mana mungkin sekukuh bangunan memancu langit tetapi sukup sekadar sebagai tiang penggukuh.


Psst: andai baris2 tidak difahami,mohon baca semula.

tukar si kolot dengan manusia ini.

No comments:

Post a Comment