Friday, May 28, 2010

Tak perlu SEMPIT-kan otak

Aku mula mencoret ruang ini dengan tajuk pancing. Sebenarnya fikiran aku tiba-tiba pada movie ‘Adnan SEMPIT’ because of one mtrempit, all mtrempit spoil.haha. Ok mula focus.


Aku hidup bukan untuk bermegah. Dan aku menulis bukan untuk menipu. Dalam hidup aku, semuanya ada cacat cela. Kegagalan yang datang sering mematahkan semangatku tapi bukan mudah aku menyerah.Sekeliling ada banyak yang memotivasikan aku. Aku seorang yang kelam-kabut. Benda remeh aku selalu fikir lama. Orang kata “X PERLU!” tapi susah untuk aku. Mungin kerana banyak terselit negatifnya tapi aku masih belajar tentang sikap manusia yang berubah itu supaya aku tidak berubah ke arah negatif.


Aku dambakan kejayaan yang optimum. ‘Set Your Mind’ kunci kea rah itu. Aku percaya:

“with each failure, you can move one step further on the success journey. Successful people keep moving. They make mistakes, but they don’t quit” – Conrad Hilton.


Bila aku menyendiri,aku sedar baris terakhir itu selalu aku lakukan. Apakah ini puncanya? Aku sering bersedia kearah perubahan tapi mungkin dalam perjalanan itu banyak silapnya dan ada hati2 yang tersinggung olehku. Maafkan aku.


Memang benar kata DIA (dia: anda tahu siapa anda) Hidup ini mudah;LAW OF ATTRACTION. (sambil aku tersenyum penuh hargai). Setiap perkara aku lakukan, undang2 itu sentiasa aku praktikkan tanpa pengetahuan dia. Bila kesalahan tetap berulang aku tak daya berdalih penuh alasan. Pandulah aku hingga ke garis terakhir.

Kejayaan yang aku mahu adalah rahsia terbesar dalam hidup aku,aku mahukan*terdesak. mohon doakan aku. : )

Mungkin baik untuk aku terus begini. Menasihati diri tanpa jemu.

p/s: percaya atau tidak coretan pendek ini mengambil masa 40minit. Susah nak luahkan semuanya. : )



No comments:

Post a Comment