Wednesday, June 09, 2010

BODOH sungguh mentaliti Israel.


Selamat pagi manusia bumi. : )

Pertama kali aku mencoret isu dunia. Isu yang merobek kemarahan dunia. Entri aku pasti sudah tahu apa yang akan aku ceritakan. Dengan tenang aku mulakan.

Sabtu lalu aku ada baca ruang rencana Hasanuddin Mohd Yunus dalam Berita Harian.Menceritakan pengalaman beliau sendiri ketika sebelum dan selepas diserang Komander Israel ceroboh kapal Mavi Marmara. Aku hanya mahu berkongsi cerita itu kerana bagi aku isu ini sangat menghayat hati. Beliau dan aktivis2 Malaysia merupakan pewira negara.

Tanggal 27Mei, bermulalah jihad aktivis2 kemanusiaan ke Gaza. Cerita beliau,apabila sahaja beliau memijakkan kaki di kapal itu,beliau terlihat seseorang ahli terikat berumur 84 tahun telah berkata "Aku ke sini untuk sertai dalam perjuangan Palestin. Apa guna sekadar berzikir sahaja jika tidak bersama".

Cerita beliau lagi, mereka biberi makan ala kadar sahaja. Episod serangan bermula selepas solat subuh 1Jun. Kelihatan beberapa bot menghampiri kapal maraka dan helikopter yang berlegar2 melemparkan bom pemedih mata, namun peliknya beliau kerana bila mana bom delemparkan seakan ada tiaupan angin kencang menolak asap itu. Meskipun keadaan huru-hara semakin teruk namun tiada sedikit gentar dalam diri mereka.

Beliau sendiri ditembak di bahu dengan peluru getah tapi sakitnya hanya sekejap. Beberapa kali juga beliau dipijiak,ditendang oleh Komander Israel namun tiada pula ada kesan lebam.

Selepas ditawan mereka diikat dengan tali kabel selama 15 jam. Bayangkan. Masyaallah. Kekejaman Israel bukan sahaja tidak beri makan minum,malah tidak jugadibenarkan ke tandas sehingga ada yang terkencingdalam seluar. Air pun diberi sebotol untuk dikongsi beramai-ramai.

Sampai di Ashdod, mereka dibawa ke penjara. Beberapa lama kemudian mereka debebaskan oleh wakil kedutaan Jordan.
____________________________________________

Seorang lagi sukarelawan Malaysia,Jamuliddin Ilias bercerita tetang senario lucu dimana ramai tentang Israel yang lari dan tak berani menghampiri beberapa sekarelawan yang hanya mempertahankan diri dengan botl air mineral. Katanya "Bukannya bahaya pun sekadar baling botol ke bot mereka. Kelam kabut mereka lari. Apabila mereka patah balik kami mengacah dengan tangan kosong, itupun mereka cuba mengelak" HAHA PENGECUT!

Tambah beliau lagi,bau umpama kasturi yang dihidu dari 3 jenazah sekarelawan Turki sebelum mereka dikeluarkan dari Mavi Marmara.
___________________________________________

Dunia kini mengecam keras tindakan keganasan tetera Israel yang bertindak kejam kapal yang membawa sukarelawan dari 50 negara yang sama sekali tidak bersenjata. Sungguh celaka iblis2 itu.

Firman Allah yang bermaksud : "Orang Yahudi & Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kapadamu(wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka. Katakanlah (kepada mereka):' sesungguhnya petunjuk Allah(Agama Islam) itulah petunjuk yang benar.' "


p/s: Kalau aku juga diberi kesempatan,mahu juga aku berjihad menyertai mereka (mustahil).

No comments:

Post a Comment