Wednesday, December 22, 2010

wanita dan mahkotanya


Menjaga Kecantikan Rambut dan Kebersihan Kepala


1 ) Rambut sememangnya mahkota wanita. Beberapa petua yang sering diamalkan oleh orang dulu-dulu nyata kebanyakannya membawa kesan yang mujarab jika selalu diamalkan walaupun sukar dibuktikan dengan menggunakan kaedah saintifik. Bagi wanita yang ingin mendapatkan rambut yang hitam berkilat dan tidak cepat beruban, minyak kelapa hijau (dibuat sendiri) dan dimasak bersama daun kermak (dibiarkan sejuk), kemudian dilumurkan pada rambut semalaman sebelum dicuci dikatakan membawa kesan yang sangat mujarab. Bagi yang berambut nipis dan ingin melebatkan rambut pula, petua yang harus diamalkan ialah menggunakan air embun yang bertakung pada pangkal pokok pisang dan dilumurkan
ke rambut. Cara ini dikatakan dapat menyelesaikan masalah rambut nipis.

2) Selain itu, serai juga boleh digunakan sebagai 'syampu' rambut selain daripada digunakan sebagai perencah di dalam masakan. Caranya, tumbuk batang serai hingga pecah dan gosokkan pada kepala ketika mandi. Bau harum serai akan melekat pada rambut dan menghilangkan kotoran pada kulit kepala.

3) Mandi wap juga dikatakan boleh merawat rambut. Rawatan ini menggunakan bahan-bahan seperti daun pandan, minyak kelapa, telur, adpokat, lobak merah, lidah buaya ataupun daun semangkuk. Tetapi, tidak semua bahan ini digunakan bersama. Lumrahnya, daun pandan dan minyak kelapa antara bahan yang tidak ditinggalkan. Penggunaan bahan lain bergantung kepada keadaan. Jika rawatan ini selalu diamalkan, ia dipercayai dapat menghitam dan melebatkan rambut dan sentiasa kelihatan bermaya. Ia juga dikatakan dapat membantu mengatasi masalah keguguran rambut, menghilangkan kelemumur dan memulihkan masalah rambut bercabang. Cara ini juga dikatakan membantu merehatkan fikiran dan dapat menghilangkan penyakit migrain atau pening kepala. Sejauh mana kebenarannya, sukar untuk dibuktikan.

Rambut berkelemumur?

Bancuh air asam jawa dengan air suam kemudian gosokkan ke kepala , biarkan 10-15 minit sebelum dicuci. Insya-Allah akan berhasil..

Melebatkan Rambut

Ambil sekepal nasi dan 1/2 biji limau nipis dan direndamkan bersama secawan air dan sebuku garam. Kemudian
diembunkan waktu malam. Pagi esoknya perahlah limau nipis tersebut bersama bahan yang diembunkan tadi. Selepasitu barulah dibasuh rambut anda dengan air campuran tadi dan biarkan selama 3 jam. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih
. Insya-Allah jika diamalkan petua ini, akan menampakkan hasilnya.

Masalah rambut gugur?

Rebus segenggam daun labu muda dengan minyak kelapa secukupnya hingga lumat. Bila sejuk usapkan di kepala, lakukan inisetiap hari hingga rambut tidak ada yang gugur lagi.

Tips Tips rambut yang perlu di ketahui ;

- Sebenarnya rambut tidak perlu memakai leave on mosturizer kerana ini akan menyebabkan rambut melekit dan mem

bawa pada kerosakan.

- Lebih baik menggunakan serum rambut yang dapat menyihatkan rambut dan membuatkan rambut lebih bersinar.

- Jangan sesekali meninggalkan perapi ( conditioner) setiap kali bersyampu.

- Biarkan rambut anda kering sendiri lebih baik dari menggunakan hair dryer jika anda tidak sibuk.

- Sikat rambut sebelum mula bersyampu membuatkan rambut lebih senang di urus dan mengelakkan rambut kusut ketika bersyampu yang mengundang pada kerosakan.

4 comments: