Monday, April 04, 2011

Aku suka kanak-kanak suka


Lambaian April aku mulakan dengan kerja amal bersama Quasar. OPKIM.
Kami dihantar ke Sek. Keb. Termiang, Muar, Johor untuk berkawan dengan adik-adik 12tahun.

Seronok.

Mula-mula teruja,
Aku dilihat sangat tinggi. sama tinggi tiang susur gajah sekolah. haha

Masuk ke dewan aku dilihat pelik.
monolog dalaman "weird sangat ke pakaian aku?"

Sesi perkenalan.
"hai adik-adik. boleh panggil saya kak yana".
ada seorang adik perempuan tanya "kenapa bukan kak yuna?kenapa kak yana?"

blur~~

Okay. Baru faham kenapa aku dilihat sebegitu. thee hee ee. *senyum gedik.

Cukup sekadar aku kata mereka punya kelebihan tersendiri walaupun dilihat biasa.
Sempat aku beri kata-kata perangsang pada mereka.
Tak sia-sia pergi sana. Seronok.

Mereka minta biodata aku. haha aku gelak dalam hati. mana main lagi biodata-biodata ni. okay layan je mereka. Pada semua kertas yang diberi aku tulis;'Dapatkan 5A UPSR,tak dapat siap ko ! haha.'

Mereka gelak.

Apa yang pasti aku sudah jadi apa yang aku mahu jadi dulu. dan aku suka.
(teringin jadi 'facilitator' dulu aku pemalu. betul tak tipu.hee)

Rasa sangat suka.
Bila aku suka kanak-kanak dan kanak-kanak suka aku.

Sila beri aku satu budak untuk dijaga.
haha dapat pulak.

Ini sampingan.

Lihat muka suka kami :)

4 comments: