Wednesday, October 26, 2011

Hebatnya Bahasa Melayu

Aku berani kata

Puisi itu hebat
Kau tak payah berkamus
Andai kau berada dalam situasi itu
Baru kau sedar hebatnya Bahasa Melayu

Puisi bahasanya kadang-kadang kasar
Pakai carutan kita masih boleh terima
Maksud penyampaian hanya satu
Tapi yang menarik bila cara berkias itu berbeza
Kerana Bahasa Melayu punya ayat yang berbagai tapi maksud selari

Lagi,

Melayu dihidupkan dengan berkias
Orang Melayu juga senang kata kias
Ya, betul orang Melayu kita tak pandai terima kata jujur
Bila ditegur bulat-bulat, lari terus melenting
Percayalah
Kita cuma boleh terima bila berkias
Tengok sahaja bila ditegur keras, haram Melayu nak dengar

Bukan kutuk
Cuma kata orang kita berkias tanda hormat
Mula dengan salam, akhir juga dengan salam
Betul kan?
Orang kita cukup serba-serbi sopan nya
Cuba tanya orang luar, apa kelebihan orang kita
Jawab mereka tentu sopan santun kita.
Waktu itu kita rasa bangga.
Setuju kan.

Nah,

Sebenarnya,
Aku mahu puji kecantikan puisi
Nampak tak aku berkias?
Haha

2 comments:

  1. itu sebab saya suka puisi .
    berkias dalam menyampaikan kata kata .
    * w/pun kadang kadang tu , tak faham untuk yang lebih berkias tuu

    ReplyDelete
  2. Hehe.
    Yang awak minta nanti saya bagi. :)

    ReplyDelete