Tuesday, January 04, 2011

untuk 20 saya dapat ini

Belum terlambat kan.

tadaaa.. :D
TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN untuk hadiah-hadiah ini.
ini lebih daripada cukup untuk mengantikan kek daripada mama ayah sebelum ni.
tahun ni saya tak dapat kek. dah besar kata mereka. orang besar tak boleh makan kek ke ? haha tak faham. act, mereka tak sempat nak beli kek sebab 1jan sudah harus balik kolej. Mula-mula sedih sebab tak pernah tak dapat kek daripada mama ayah. :( TAPI...
Tak apa saya sudah gembira begini. :D


from zila: Dia beri dalam pukul 12 tu. "nah yana!(sambil senyum gedik dia). aku buka kotak nampak the star one,pink colour maa. hehe. cuba goncang tiba-tiba BERLAMPU. Kelakar,aku belum sempat buat muka excited, Zila yang teruja gila. Dia gila dia beli dia tak tahu yang benda tu berlampu. boleh faham tak ? HA HA. TERIMA KASIH ZILA :D

from nisa: Esok hari, nisa baru sampai kolej pagi tu. Aku yang baru bangun terus pergi mandi. Nisa letak hadiah dalam almari baju aku. Aku TAK PERASAN. haha. Lama lepas tu nisa kata "yana tak perasan ke? ala tak nak lah buat surprise lagi". aku blur~~~. Dia buka almari ambil balik hadiah tu then bagi tangan. :D
Buka-buka kotak ada uncang potatoes. Aku pelik. "apa benda ni?"(monolog aku).
Aku tekan tengah ada BUNYI kucing. Hahaha nasib tak tercampak. Dia gelak-gelak. Kurang asam punya nisa,kenakan aku rupanya. Tapi sweet la you. TERIMA KASIH NISA :D

from awok: 3/1 masuk kuliah. Pagi tu habis aku kena bahan baik punya. Semua panggil aku kakak. tak perlu kan. Awok hulur hadiah. wakil budak lelaki kelas agaknya. "nah kakak!". Aku buka nampak patung LILO. Haha aku hanya mampu gelak. Perli aku lagi !. "Kakak dapat patung.hahaha" kurang asam la diorang. haha. Tak apa kurang-kurang aku dapat hadiah juga. haha. TERIMA KASIH AWOK. :D
Nak buatkan aku terkena habis; setiap kali lect. baru masuk kami kena buat icebreaking. setiap kali turn aku diorang tolong bagitahu lect yang aku sudah 20. terimakasih la ya. (:

lect.: Semua sebaya ke ni?
budak-budak lelaki: Aah kitaorang semua 19 sorang je 20 !HA HA HA HA.
satu kelas dengan lect sekali gelak. kesian aku. jahat kan diorang. Alih-alih dapat wishes daripada lect. okay apa.◕‿◕

from fiza: Semalam 4/1 fiza bagi hadiah. Dia datang bilik,katanya saja mahu datang. Dia senyap-senyap letak hadiah tu tepi bantal aku. HA HA dua jam selepas dia keluar bilik aku baru perasan. maaflah fiza. :D. Aku nak pergi bilik kau tapi nak naik atas tu kena fikir 3kali. hehe. TERIMA KASIH FIZA,touching habis. :D

(senyum sendiri). Kesian kawan-kawan aku mahu cuba buat surprise tapi tak jadi. Hehe.
Cuba lagi next time ya. :DD. Cuba tengok, hadia-hadiah mereka beri sangat tak mendewasakan aku. haha mungkin mereka suka aku tetap kanak-kanak rabena macam ni agaknya. Kamu semua sangat comel. (:

SAYA SUKA SAYA GEMBIRA. (muka gedik)
TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN. :D

::Tak sabar tunggu hadiah special daripada dia. hehe :)


5 comments: