Friday, October 07, 2011

Kau cakap berdebar

Kau cakap berdebar!

Memang
Aku tak sebaik sealim kau
Aku tak berstokin
Aku tak berjubah
Tapi itu bukan penghalang untuk buat baik
Kata kau pegangan kau satu
Kalau dengar kata orang belakang bukan pegangan kau dah rapuh ke?
Belum dengar cerita betul kau pakai tuduh
Itu pegangan satu kau? Cantik.
Hai kawan, kau tengok lah siapa yang buat cerita tu
Musuh atau kasih
Dah nama musuh segala busuk semua keluar
Sama seperti kena hasut syaitan. Umpama.
Cakap pakai otak boleh.

Dua tahun aku kenal kau,
Kau masih kata aku belum cukup kenal kau
Kau silap
Kau sedar kau dah berubah tapi kau tak sedar perubahan kau yang tuduh aku tak kenal kau.
Sedih dalam aku tak tunjuk
Marah dalam aku tak sembur
Kerana aku percaya yang benar tetap menang

Aku hormat kata-kata kau
Tahi tak jadi keras kalau tak dibiarkan
Kan elok duduk semeja kata satu-satu ikut hati
Ini kau degil, pentingkan diri, diajak baik-baik kau tolak
Niat aku baik
Tapi kau buta, buta hati, ikut hati marah kau terus sembur
Facebook tu umum tahu?
Kau kata elok pendam, lagi lawa kalau kau betul-betul pendam
Tapi kau mulakan sikit-sikit, kau tulis situ makna kau aibkan orang
Aku ada balas? Aku sabar.

Kau kata kau nak berbaik dengan semua orang? Aku hormat lagi
Tapi kau silap, manusia itu yang paling kurang diajar.
Aku minta dia bagi alasan, dia cuma berani kata "malas nak layan je"
Manusia yang talam dua muka, bila suka dia puji, bila tak suka dia cerita yang buruk
Kau ingat cerita kau dia tak jual belakang kau? pernah terfikir?
HAHA nak aku cerita? Malas sebab aku biarkan dia jadi teman kau
Sebab aku sedih kalau kau makan sorang-sorang. Ada dia kau ceria kan?
Kau fikir lah diam-diam. Kau pihak dia.
Pergi aku alukan. Andai kau pula terkena, maaf aku tolong ketawakan.
Aku minta kau tolong bagi pihak tengah tapi kau tolak
Kau kata kawan susah senang
Bila aku susah kau tahu? kau lagi bebankan
Aku menangis malam-malam kau tahu?
Kau tak tahu, kau lagi gembira ketawa-ketawa bila dapat sms kekasih kau
Maaf kata, kau jenis dapat yang baru lupa yang lama

Nah, ini kau pilih
Atas pegangan kau sangat ini jadi
Aku ulang, ini kau pilih.
Tolong jangan jadi sakarstik yang hanya bijak kata dalam
Bila suruh tunjuk takut
Cuba tanya mak kau dosa ke kalau berterus terang?
Tuhan marah ke?
Aku rasa hina bila mak kau kata
"Kawan yang bukan boleh bawa ke syurga"
Kau sedih tak kalau kau yang dapat ayat tu?
Ini yang kau kata diajar
Kata bahasa ikut sedap
Makan diri nanti. Ingat.
Sekejap, nak tanya. Apa motif cerita pada emak?
Yang kau maksudkan kau dewasa macam ini ke?
*Senyum sinis*

Lagi,
Kau kata maaf itu mulia, tak perlu disuruh
Aku kata maaf sebab aku ikut kata kau
Tapi kau ada sebut? Maaf angin pun aku belum dapat
Aku tak minta cuma mahu pesan bila dah kata berapi tolong buat
Dan tolong jangan mainkan perasaan orang
Dah sembur sedap-sedap, kau removed entri.
Buat seolah-olah tak ada apa-apa dan orang nampak kau betul semua
Kalau kau betul kenapa kau nak takut-takut dengan kata kau bukan?

Pada manusia itu aku dah minta maaf
Pada kau juga aku dah minta maaf.
Ini ikhlas, terpulang korang nak makian aku lagi.

Percayalah,
Suatu hari kau akan sedar dimana silap kau.
Masa itu kau tak perlu minta maaf sujud kaki
Aku awal-awal dah maafkan kau.
Dan aku juga doakan yang baik-baik untuk kau.

Akhir,
Tolong jangan pilih kawan
Allah jadikan kita lain-lain
Mungkin cara kita semua tak sama
Tapi kawan yang macam-macam itulah yang mengajar kita erti hidup
Bukan makna jadikan ikutan
Hanya perlu terima dan hormat dia seadanya
Baru kita nampak siapa diri kita

psst... tak salah tulis baik-baik kan kawan?kau tulis macam tu aku malu dan tolong jangan cakap "terasa ke?" Annoying!. Aku takut nak malukan kau sini, tapi kau berani. Aku ikut.

2 comments:

  1. Awie, aku tahu kau faham semua cerita aku.
    Kan?
    Faham sendiri je okay, jangan heboh.
    Terima kasih. :)

    ReplyDelete